LONDON: Chelsea berdepan ujian getir apabila berkunjung ke Allianz Arena esok dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Bayern Munich tanpa kepastian khidmat penyerang, Joao Pedro. Pengendali The Blues, Enzo Maresca mengakui bintang Brazil itu masih belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus meskipun diturunkan ketika seri 2-2 menentang Brentford, Sabtu lalu. “Joao Pedro sebelum perlawanan sudah beritahu saya dia tidak cergas sepenuhnya. Jika ikut perancangan, dia patut berada di bangku…










