LONDON: Arsenal mempamerkan kematangan luar biasa ketika menumpaskan Newcastle 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam. Pengendalinya, Mikel Arteta berkata, kemenangan berkenaan juga membuktikan keazaman The Gunners untuk bergelar juara pada musim ini. Kemenangan di St James’ Park itu hadir menerusi dua jaringan lewat selepas Nick Woltemade meletakkan Newcastle di depan pada babak pertama. Namun, Arsenal bangkit apabila Mikel Merino menanduk masuk gol penyamaan minit ke-84 sebelum Gabriel Magalhaes…