LONDON: Arsenal menandatangani pemain kebangsaan Ecuador, Piero Hincapie secara pinjaman selama semusim daripada Bayer Leverkusen bagi menguatkan benteng pertahanan skuad kendalian Mikel Arteta. Hincapie berpeluang berpindah secara tetap ke Arsenal pada penghujung musim ini dengan nilai perpindahan yang dijangka boleh mencecah sehingga 45 juta pound (RM266 juta) dengan klausa yang bakal dipersetujui. Pemain berusia 23 tahun itu membuat lebih 100 penampilan bersama Leverkusen sejak menyertai kelab Bundesliga itu pada 2021,…