Kelantan TRW belum 'selamat' - Evalarasan

Kelantan TRW belum ‘selamat’ – Evalarasan

AKSI Kelantan The Real Warriors (TRW) menentang Kuala Lumpur City dalam aksi pusngan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kemenangan 3-1 Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City) pada aksi pusingan pertama 16 pasukan Piala FA musim 2025-2026 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin masih belum selamat buat pasukan itu.

Pengendalinya, E. Evalarasan bagaimanapun berkata, kemenangan tersebut tetapi dianggap penting kerana ia boleh menjadi suntikan motivasi untuk meningkatkan keyakinan barisan pemainnya.

“Biasanya dalam saingan Piala FA, berapa pun jaringan dihasilkan, kita tetapi tidak akan selesa kerana ada perlawanan timbal balas. Namun kita raikan kemenangan malam ini (malam tadi) kerana sekurang-kurangnya ia mampu meningkatkan keyakinan pemain.

“Kita tetap raikan kemenangan ini kerana semua pemain telah berusaha dan bekerja keras, serta lebih berkeyakinan untuk memegang bola dan bermain hantaran pendek,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Mengulas situasi yang menghadiahkan sepakan penalti kepada KL City pada saat akhir perlawanan, Elavarasan berkata, ia berlaku apabila pasukannya mengambil keputusan bertahan demi mengekalkan kelebihan jaringan.

Katanya, pemainnya lebih berwaspada selepas pasukan lawan menjaringkan gol dan lebih gemar berlegar dalam kubu sendiri daripada melancarkan serangan.

“Bagaimanapun tindakan dalam usaha mengeluarkan bola dibuat tergesa-gesa. Pemain-pemain perlu lebih faham situasi sebegini. Bila kita boleh agresif dan bila kena lebih bersabar.

“Jadi insiden tersebut merupakan satu pengajaran berguna untuk pemain-pemain supaya pada masa hadapan, mereka dapat mengekalkan ketenangan serta tidak terkesan dengan tekanan pada saat akhir perlawanan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×