PETALING JAYA: Kem Malaysia sekali lagi mengharapkan sentuhan emas Khiew Hoe Yean pada Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini memandangkan proses pembangunan semula renang negara dijangka memakan masa yang panjang. Timbalan Presiden Malaysia Aquatics (MAS), Marilyn Chua berkata, selain Hoe Yean, peluang pingat emas turut dilihat dalam acara 4x200m gaya bebas lelaki dan 4x100m gaya ganti wanita selain mengakui saingan acara individu terlalu sengit. Hoe Yean sebelum ini merangkul…