PETALING JAYA: Pengendali skuad bola sepak wanita negara, Joel Cornelli tetap bangga dengan prestasi keseluruhan anak buahnya di Tajikistan meskipun Malaysia gagal melayakkan diri ke Piala Asia Wanita tahun hadapan. Malaysia yang berada di kedudukan ke-102 dunia, tewas 0-6 kepada pasukan ranking No. 9 dunia, Korea Utara dalam aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia 2026 di Dushanbe, Tajikistan. Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua dengan dua kemenangan dan satu kekalahan, namun gagal layak ke Piala Asia Wanita 2026 berikutan hanya juara kumpulan sahaja mendapat slot berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya