AKSES kepada kemudahan awam bukan keistimewaan tetapi hak asasi. Namun realitinya, ramai Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia masih bergelut dengan pelbagai cabaran akses dalam kehidupan harian – daripada pengangkutan awam dan ruang rekreasi, sehinggalah ke peluang pekerjaan. Walaupun Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD), Akta OKU 2008 dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) memperuntukkan hak tersebut, pelaksanaannya masih belum menyeluruh. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melihat isu…










