Kelantan muncul juara ragbi 7s kebangsaan

Kelantan muncul juara ragbi 7s kebangsaan

Pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Kejohanan Ragbi Kebangsaan 7s selepas menewaskan Johor 17-12 dalam aksi final di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Terenganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesukaran mendapatkan komitmen daripada pemain tidak menghalang Kelantan untuk muncul juara kategori lelaki terbuka Kejohanan Ragbi Kebangsaan Tujuh Sebelah (7s) di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Terengganu, Ahad lalu.

Kelantan yang dibimbing Muhamad Syarif Saiful Aazwan menewaskan juara bertahan, Johor 17-12 di pentas akhir sekali gus mengakhiri kemarau trofi kejohanan selepas kali terakhir memenanginya pada 2018.

Kemenangan itu membolehkan Kelantan membawa pulang pingat dan wang tunai RM5,000 manakala Johor selaku naib juara menerima RM3,000.

“Tahun ini kita membina pasukan dengan membawa masuk semua pemain yang memang berasal dari Kelantan kerana pada edisi sebelum ini mereka mewakili pasukan dari negeri lain.

“Persediaan kami sudah lakukan sejak menyertai Kejohanan Ragbi Kelantan 7s pada Jun lalu yang mana kami menewaskan Malaysia University 19-12.

“Namun, persiapan kami tetap berdepan kesukaran kerana untuk mendapatkan komitmen penuh daripada pemain adalah sukar memandangkan mereka ada yang bekerja dan pelajar universiti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Syarif berkata, pasukannya akan mengalihkan tumpuan pasukannya bagi melakukan persiapan menghadapi Piala Agong dari 6 September hingga 25 Oktober ini.

“Lapan pemain kami akan menyertai kem latihan skuad kebangsaan pada Ogos ini bagi menghadapi Sukan SEA 2025 dan baki lima pemain akan melakukan persiapan menghadapi Piala Agong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN