PETALING JAYA: Atlet negara, Alia Sazana Azahari percaya kejayaan meraih gangsa dalam acara 25 meter (m) pistol wanita di Piala Menembak MASPED di Hungary, Sabtu lalu dibantu keupayaannya menyesuaikan diri dengan cepat terhadap kondisi lapang sasar kejohanan. Atlet berusia 34 tahun itu melakukan 580 mata pada pusingan kelayakan sebelum mengumpul 33 mata dalam pusingan akhir untuk membawa pulang pingat gangsa. Saingan sengit menyaksikan emas menjadi milik penembak Jerman, Anna Korakaki…










