PETALING JAYA: Pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara, Nafuzi Zain memberi jaminan untuk segera memperbaiki kekurangan pasukan menjelang aksi berdepan Brunei dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Piala ASEAN B-23. Kekalahan mengejut 0-2 kepada Filipina dalam aksi pertama kelmarin meletakkan skuad kendalian Nafuzi Zain dalam bahaya untuk tersingkir awal kerana hanya juara kumpulan dan naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir. Nafuzi berkata, kekalahan berkenaan memberi pengajaran besar buat para…







