LONDON: Arsenal mengesahkan perpindahan penyerang Chelsea, Noni Madueke dalam satu perjanjian yang dilaporkan bernilai 48 juta pound (RM273 juta) kelmarin. Madueke menandatangani kontrak selama lima tahun bersama The Gunners dan berpindah ke Stadium Emirates meskipun menerima bantahan daripada penyokong Arsenal. Pemain berusia 23 tahun itu akan memberikan saingan kepada Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli di bahagian sayap dalam pasukan kendalian Mikel Arteta. Perpindahan Madueke dari Chelsea ke Arsenal meningkat kepada 52 juta pound (RM296 juta) dengan tambahan berdasarkan prestasi telah mencetuskan kritikan hebat daripada penyokong yang percaya dia tidak bernilai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya