KUALA LUMPUR: Tanpa bintang No. 8 dunia, S. Sivasangari dan Ng Eain Yow yang merupakan pemain No. 13 dunia, Malaysia bergantung harap kepada Rachel Arnold dan Aira Azman yang melepasi halangan awal pada hari pembukaan Kejohanan Skuasy Individu Asia 2025 di Kuching, Sarawak, hari ini. Diletakkan sebagai pilihan pertama, Rachel Arnold yang mendapat bye pada pusingan awal (64 terbaik) mudah menumpaskan Le Yi Hsuan dari Taiwan 11-5, 11-6, 11-4 di…