PENYIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendedahkan penyelewengan dana sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang menarik perhatian khalayak dan menimbulkan pelbagai persoalan yang serius berkaitan proses pemantauan terhadap projek infrastruktur awam di negara ini. Sehingga artikel ini ditulis, SPRM menyita RM143 juta melibatkan antaranya 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat (RM33 juta), kondominium mewah dan sebidang tanah (RM24.5 juta) selain anggaran aset luar negara…










