TRAGEDI demi tragedi melibatkan kemalangan bas ekspres seolah-olah sudah menjadi rutin menyayat hati di negara ini. Terbaharu, kemalangan meragut nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di laluan berbahaya Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menggemparkan negara sekali lagi. Kemalangan yang berlaku pada 9 Jun lalu mengorbankan 15 pelajar UPSI. Bahkan kemalangan awal pagi itu turut mengakibatkan 33 cedera termasuk pemandu, kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza. Rakyat bertanya,…










