PETALING JAYA: Meskipun merupakan tugasan pertama di peringkat antarabangsa namun pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara Nafuzi Zain tetap berani meletakkan separuh akhir kejohanan Piala ASEAN B-23 di Jakarta, Indonesia, bulan depan sebagai sasaran utama. Jelasnya, pasukannya akan memberi tumpuan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan terutama aksi penting pada aksi pertama Kumpulan A menentang Filipina, 15 Julai ini. Beliau turut mengakui tidak mempunyai banyak maklumat berkaitan pasukan Filipina,…










