DENGAN perkembangan siri ketegangan dan konflik global yang semakin memuncak, terutama siri berbalas operasi serangan antara Iran-Israel, konflik berterusan Russia-Ukraine serta konfrontasi India-Pakistan. Kerajaan harus segera melaksanakan reformasi pertahanan strategik baharu dan membentangkan pelan tindakan yang bertujuan memperkasakan pertahanan serta daya tahan negara dalam melindungi kedaulatan mahupun keutuhan wilayah Malaysia. Pelaksanaan reformasi pertahanan itu harus mewakili perubahan dalam cara kerajaan berfikir dan bertindak tentang pengalaman pertahanan di tengah-tengah gambaran geopolitik…










