SITUASI geopolitik dunia yang semakin tidak menentu memberikan kesan mendalam terhadap keamanan sejagat dan kestabilan ekonomi global. Bagi warga yang terperangkap di kawasan bergolak, kehidupan mereka bagaikan telur di hujung tanduk, sentiasa terancam dan penuh ketidakpastian. Keamanan dunia yang dahulunya sering dipandang enteng, kini terasa amat rapuh dan mudah tergugat. Baru-baru ini, konflik berdarah selama 12 hari antara Iran dan Israel mencetuskan ketegangan yang semakin memburukkan keadaan di Asia Barat.…










