SIDANG Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China 2025 pada 27 Mei lalu menjadi titik penting dalam peranan digitalisasi dan tadbir urus inklusif sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi serantau. Malaysia menonjolkan komitmen kukuh melalui pembangunan strategik yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau dan inovasi dalam industri halal, selaras dengan agenda kerjasama ekonomi serantau. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan perkembangan pelaburan mencerminkan peningkatan keyakinan jangka masa panjang terhadap kestabilan…










