PERMINTAAN semakin meningkat terhadap sumber tenaga dengan kebergantungan tinggi kepada elektrik meletakkan negara bakal berdepan krisis tenaga. Gangguan bekalan boleh menggugat pelaburan, pengeluaran dan produktiviti negara. Malah, keselamatan awam seperti hospital dan infrastruktur kritikal seperti sistem pengangkutan, loji air dan pertahanan boleh terganggu sekali gus meletakkan risiko nyawa dan keselamatan. Insiden kebakaran gas Putra Height pada April lalu membuka mata banyak pihak akan keperluan sokongan bekalan tenaga apabila bekalan gas…










