WALAUPUN kecerdasan buatan (AI) menawarkan pelbagai manfaat dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan namun teknologi ini tetap menimbulkan cabaran etika yang semakin ketara, khususnya dalam dunia perniagaan dan politik. Penggunaan AI di Malaysia semakin meluas, dengan 84 peratus pekerja memanfaatkannya untuk kekal produktif. Angka ini melebihi purata global sebanyak 75 peratus. Penggunaan ini terbukti berkesan dalam sektor seperti perbankan, yang mana algoritma digunakan untuk menilai kelayakan kredit. Namun, peningkatan penggunaan AI…










