PETALING JAYA: Selepas hampir lapan bulan berehat akibat kecederaan serius, pelumba trek wanita negara, Nurul Aliana Syafika Azizan kini memburu impak besar beraksi di pentas antarabangsa pada Piala Trek Asia 2025 di Thailand, hujung Ogos ini. Pelumba berusia 22 tahun berkenaan menyasarkan kejohanan di Suphanburi itu sebagai medan mengukur keberkesanan fasa pemulihan yang sedang dilaluinya sejak kembali ke trek selepas insiden gegaran otak dan patah tulang rusuk, Oktober lalu. Aliana mencipta kejutan dalam penampilan sulungnya selepas kecederaan pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2025 di Velodrom Iskandar Puteri, Johor, bulan lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya