POLEMIK tentang pemilikan negara ini timbul lagi. Pada kali ini, ia didebatkan sebagai dimiliki semua etnik, bukan hanya oleh Melayu-Islam. Dengan ini, negara ini mahu dihujahkan sebagai dipunyai semua, iaitu etnik Melayu, Cina, India selain anak negeri Sabah dan natif Sarawak. Ini kerana kesemuanya menjadikan negara ini tanah air mereka. Dari satu segi, benar sekali kenyataan semua yang merupakan warganegara sama-sama memiliki negara ini tanpa apa-apa jua syarat dan had.…










