Kedah, Perak FC tiada dalam musim baharu Liga M

Kedah, Perak FC tiada dalam musim baharu Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedah Darul Aman FC dan Perak FC tersingkir daripada 14 pasukan yang akan berentap dalam saingan Liga Super musim 2025/2026 termasuk Brunei DPMM FC.

Lapan kelab diberikan lesen melibatkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC serta Negeri Sembilan FC

Sementara Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim (KDN) FC, dan PDRM FC diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat mengikut Artikel 8 (l) Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pada masa yang sama, Melaka FC dan Imigresen FC juga berjaya mendapatkan lesen menerusi permohonan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk Artikel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2024-2025.

Bagaimanapun, dua pasukan iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC gagal mendapatkan lesen kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya mengesahkan Brunei DPMM FC akan beraksi musim depan bagi melengkapkan 14 pasukan bersaing di Liga Super.

“Bagi KDA dan Perak FC, mereka telah gagal memenuhi syarat lesen, kita ada pasukan pengganti mereka iaitu Melaka dan Imigresen. Ini adalah proses biasa dalam pemberian lesen dan tiada tempoh rayuan setakat ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN