HARI Kemenangan dalam Perang Patriotik Raya (1941-1945) yang diraikan pada 9 Mei setiap tahun oleh Russia dan negara bekas Kesatuan Soviet bukan sekadar sambutan semata-mata. Peperangan yang merupakan sebahagian daripada Perang Dunia Kedua itu menyaksikan lebih 26 juta orang terkorban dengan 17 juta daripadanya adalah penduduk awam iaitu golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Malah, kehancuran yang berlaku ketika itu disifatkan sebagai tragedi kemanusiaan yang tiada tolok bandingan. Perang Patriotik…










