MALAYSIA menerima satu lagi pengiktirafan antarabangsa apabila dua hospital swasta, Pusat Perubatan Sunway di Sunway City dan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur disenaraikan antara 250 hospital terbaik dunia dalam Laporan Tahunan Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh penerbit antarabangsa, Newsweek. Pusat Perubatan Sunway berada di kedudukan ke-193 manakala Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di tangga ke-204, sekali gus menempatkan Malaysia sebaris pusat perubatan ternama dunia. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan. Ia menunjukkan hospital…










