PETALING JAYA: Atlet para boling padang, Hasmunirah Maliki mengakui kejayaannya dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2024 telah membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia. Hasmunirah menerima anugerah tersebut selepas kejayaannya muncul juara pada penampilan sulung dalam kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan Jun tahun lalu. Atlet dari Terengganu yang beraksi di kejohanan tersebut selepas menggantikan rakannya, Jariah Zakaria mendedikasikan kejayaannya itu kepada pasukan dan dia…