Strategi bertahan kunci PDRM ikat JDT 

Strategi bertahan kunci PDRM ikat JDT 

P MANIAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih PDRM FC, P. Maniam menyifatkan pasukan bimbingannya berjaya bertahan dengan baik sehingga muncul satu-satunya pasukan yang mampu mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 dalam aksi Liga Super musim ini.

Beliau berkata, kejayaan tersebut bukan berpunca daripada kelemahan JDT, sebaliknya lebih kepada faktor nasib yang menyebelahi pasukannya ketika beraksi di laman sendiri.

“Kita tidak boleh kenal pasti sebarang kelemahan dalam pasukan JDT. Tapi saya rasa PDRM cuma bernasib baik sedikit sahaja ketika itu, sebab itu kami berjaya dapat satu mata. Lagipun perlawanan itu berlangsung di tempat sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Memuatkan artikel berkaitan…

JDT yang muncul juara buat kali kelima berturut-turut, tampil dominan sepanjang musim dengan rekod tanpa kalah kecuali keputusan seri tunggal menentang PDRM.

Maniam berkata, pemain PDRM tampil bermotivasi selepas berjaya mendahului perlawanan, dan bertahan dengan baik walaupun JDT memiliki beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan.

“Pemain kita main dengan semangat tinggi bila berjaya jaringkan gol awal. Walaupun JDT ada peluang, mereka tidak dapat manfaatkan, dan itu membantu kita kekalkan keputusan seri,” ujarnya.

Mengulas strategi digunakan dalam perlawanan tersebut, Maniam berkata, PDRM menekankan aspek pertahanan kukuh dan serangan balas pantas sebagai kunci utama.

“Kita tahu pemain JDT hebat dalam situasi satu lawan satu, jadi kita fokus kepada bertahan secara berdisiplin. Bila ada ruang, kita akan lakukan serangan balas pantas,” jelasnya.

Pendekatan itu membuahkan hasil apabila pasukan PDRM berjaya mencuri satu mata berharga daripada pasukan paling konsisten dalam saingan Liga Super musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×