KUALA LUMPUR: Bintang 400 meter (m) olahraga wanita negara, Shereen Samson Vallabouy diberi peluang mengisi satu-satunya slot wildcard ke Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada September ini sekiranya tiada mana-mana atlet yang layak secara merit. Senario ini sama seperti pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang mengisi slot wildcard yang diberikan oleh Olahraga Dunia (WA) ketika Sukan Olimpik Paris 2024 berdasarkan prestasi semasa beliau. Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri…