PETALING JAYA: Malaysia bukan sekadar bersedia, malah berada dalam mod tempur sepenuhnya menjelang kempen Piala Sudirman 2025, demikian keyakinan tinggi disuarakan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen. Jurulatih berpengalaman dari Denmark itu yang pernah membentuk juara dunia Viktor Axelsen, mengakui beliau gembira melihat peningkatan drastik dalam intensiti latihan skuad negara sejak beberapa minggu lalu. “Saya rasa setakat ini semuanya berjalan baik dan saya tidak sabar ke Xiamen,…










