KUALA LUMPUR: Malaysia memilih pendekatan realistik dan inklusif dalam penganjuran Sukan SEA 2027 dengan memberi fokus kepada pembangunan sukan secara menyeluruh berbanding mengejar gelaran juara keseluruhan semata-mata. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kerajaan tidak mahu mengulangi pendekatan lama seperti pada edisi 2017, sebaliknya menumpukan kepada perancangan strategik, kerjasama pelbagai pihak dan rasional dalam pemilihan acara yang bakal dipertandingkan. “Saya dengar pandangan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (Presiden Majlis Olimpik Malaysia) yang menegaskan supaya kita jangan ada mentaliti jaguh kampung dan saya bersetuju. Kita perlu berpijak kepada realiti,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya