“Saya hanya buat terbaik untuk arwah datuk.” Itulah luahan emosi atlet boling negara, Muhammad Hafiz Zainuddin yang tidak dapat melupakan peristiwa paling menyayat hati dalam hidupnya ketika sedang menggalas tugas negara di pentas antarabangsa. Tatkala tumpuannya sepenuhnya kepada kejohanan Terbuka Singapura 2023, Hafiz dikejutkan dengan berita pemergian datuknya. Pemergian mengejut itu bukan sahaja meruntun jiwanya, malah menjadi titik paling sukar dalam perjalanan kariernya sebagai atlet profesional. “Saya sangat sedih dan hiba masa tu,” kata Hafiz dalam nada sebak, mengenang saat kehilangan yang berlaku di luar jangkaan itu. Namun, semangat juang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya