Apa nasib bakat muda bola sepak Perak

Apa nasib bakat muda bola sepak Perak

AKSI pemain Perak FC ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super musim lalu. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah Perak FC mengambil keputusan berundur daripada Liga Malaysia musim hadapan meninggalkan impak besar kepada perkembangan bakat muda di negeri itu.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd. Karim berkata,  ia memberi kesan negatif kepada pemain-pemain muda terutama dalam program akar umbi serta kelab swasta di seluruh negeri tersebut. 

“Apabila pasukan utama Perak ditutup, ia bukan sahaja mematikan semangat pemain muda, malah matlamat mereka untuk meniti karier dalam bola sepak akan musnah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Beliau juga menyatakan langkah pasukan The Bos Gaurus itu juga menjejaskan struktur bola sepak negara secara keseluruhan.

“Tiada lagi platform untuk pemain muda negeri ini mempamerkan bakat mereka. Ini akan memusnahkan peluang mereka untuk berkembang dalam industri bola sepak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan mengubah status FA kepada FC sepatutnya menjadikan Perak FC lebih profesional, namun berlaku sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau  mencadangkan agar pihak berkuasa negeri dan pihak swasta mengambil peluang ini untuk menyelamatkan Perak FC. 

“Saya yakin, dengan adanya sokongan daripada syarikat perniagaan, individu, atau parti politik, Perak FC boleh diselamatkan dan terus beraksi dalam Liga Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi selaku pemilik Perak FC dalam satu kenyataan menyatakan pasukan itu menarik diri daripada menyertai Liga M berikutan kekangan masalah kewangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN