PETALING JAYA: Perebutan bagi menamatkan saingan Liga Super sebagai pasukan kedua terbaik membabitkan Selangor FC dan Sabah FC semakin memuncak berikutan kedudukan tersebut menawarkan slot ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) II musim depan. Selain beraksi di pentas kedua tertinggi di Asia itu selepas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), setiap pasukan yang bertanding berpeluang merebut hadiah wang tunai lumayan. Melihat kepada senario itu, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, kedua-dua pasukan…










