Salah, Alexander-Arnold bergaduh dalam latihan

Salah, Alexander-Arnold bergaduh dalam latihan

Pemain Liverpool menjalani latihan sebagai persiapan menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Anfield, esok. – FB LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold terpaksa dipisahkan ketika sesi latihan Liverpool menjelang pertembungan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang dengan Paris Saint-Germain (PSG).

Kedua-dua pemain itu bertembung sesama sendiri ketika latihan yang menyaksikan rakan sepasukan seperti Harvey Elliott dan Ibrahima Konate terpaksa memisahkan mereka daripada terus bertengkar.

Dalam klip video yang ter­sebar, Alexander-Arnold dilihat bertepuk tangan sambil memberi isyarat ke arah Salah yang kelihatan bertindak balas terhadap komennya selepas mereka terlibat dalam pelanggaran.

Pemain sayap Mesir itu kemudiannya dilihat mara ke arah Alexander-Arnold dan menolak pertahanan England itu yang mana dia bertindak balas menuju semula ke arah Salah.

Penjaring gol tunggal ketika aksi pertama menentang PSG, Elliott kemudiannya dilihat menahan Salah manakala Konate memeluk Alexander-Arnold untuk menjauhkannya bagi mengelak situasi lebih tegang.

Klip video itu kemudiannya berakhir dengan Salah dan Alexan­der-Arnold berjalan men­jauhi satu sama lain tanpa sebarang insiden lagi direkodkan.

Walaupun Liverpool mempunyai kelebihan dalam pertan­dingan pada titik separuh jalan, itu adalah sedikit sagu hati kepada Arne Slot.

“Dalam seminggu seperti ini saya tidak bermimpi langsung. Saya hanya tahu saya perlu be­kerja dengan sungguh-sungguh, sungguh, sangat keras untuk menyediakan pasukan dengan cara yang terbaik.

“Mereka mempunyai begitu banyak kualiti dan pengurus yang hebat, hebat, hebat (Enrique). Bukan mudah untuk bermain menentang pasukannya, dia membawa yang terbaik daripada setiap pemain dan membawa kadar kerja yang luar biasa dalam pasukan,” kata Slot. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN