Sabah belum mengalah, KL City dihimpit kecederaan 

Sabah belum mengalah, KL City dihimpit kecederaan 

AKSI pemain Sabah FC (jersi merah) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super sebelum ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Sabah FC, Martin Stano mengakui pasukannya masih belum bersedia untuk menyerah kalah dalam usaha mereka menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua pada musim ini.

Sabah kini berada di kedudukan ketiga selepas mengumpul 35 mata ketinggalan lapan mata di belakang Selangor FC yang berada di tangga kedua dan mereka diekori rapat Terengganu FC di tempat keempat, kurang empat mata.

“Kita hilang dua mata menentang pencabar terdekat (Selangor FC) tetapi kita masih ada beberapa perlawanan lagi. Sasaran adalah untuk kekal di tangga ketiga seperti ketika ini.

“Kita berjaya melakukan perkara itu dengan baik tetapi masih ada beberapa perlawanan lagi,” kata Stano menjelang perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, hari ini.

Stano mengakui menentang Terengganu FC di tempat lawan bukan tugas mudah dan berkata dia mengharapkan barisan serangan dapat melakukan penyudah yang berkualiti bagi menghadapi aksi penting itu.

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur City FC, Miroslav Kuljanac mengakui dia berdepan kesukaran untuk menghadapi Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam satu lagi aksi liga di Stadium Darul Aman, hari ini.

“Kenny (Pallraj) digantung dua perlawanan selepas mengutip enam kad kuning manakala Haqimi (Azim) digantung satu permainan kerana tiga kad kuning. Adrian (Rudovic) dan Anwar Ibrahim cedera hamstring.

“Nicholas (Swirad) masih cedera di bahagian lutut dan Sean (Giannelli) sudah kembali bersama pasukan selepas dua bulan berehat kerana kecederaan hamstring namun keadaannya masih belum bersedia.

“Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa namun kami tetap akan memberikan aksi terbaik kerana dalam bola sepak apa sahaja kemungkinan boleh berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN