KONGRES Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) telah membincangkan perkara berkaitan integriti, kepimpinan dan kebebasan bersuara dalam kalangan pensyarah universiti, bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 22 Februari lalu sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAAC Ke-10. Panel utama perbincangan itu ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali, seorang tokoh akademik negara yang tidak asing lagi dan disokong oleh beberapa ahli MAAC. Perbincangan itu sangat bertepatan apabila isu berkaitan naib canselor…










