PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend berpendapat perlawanan persahabatan membabitkan pasukan gergasi dunia seperti Argentina bukan strategi yang bagus untuk skuad kebangsaan. Beliau berkata, apa sahaja aksi persahabatan perlu dilihat kesannya kepada skuad Harimau Malaya kerana ia akan menjejaskan pungutan mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Katanya, pasukan memiliki nama besar datang ke Malaysia akan mengenakan kos yang tinggi untuk setiap aksi persahabatan dan ini akan…









