MONTEVIDEO: Argentina hampir pasti berada di Piala Dunia 2026 selepas gol tunggal Thiago Almada membolehkan mereka menang 1-0 ke atas Uruguay di Estadio Centenario, semalam. Penyandang juara dunia itu awalnya diramal bakal menamatkan perlawanan dengan keputusan seri selepas mendapat tentangan sengit Uruguay yang menewaskan Argentina 2-0 di Buenos Aires pada aksi awal kempen kelayakan tersebut. Pada aksi itu, Almada, 23, menahan bola sebelum melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti…










