PETALING JAYA: Pelumba wanita negara, Nur Alyssa Farid yang semakin mencuri tumpuan menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir acara pecut dan keirin dalam penampilan sulungnya pada Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye bermula Jumaat ini. Atlet kelahiran Johor itu mencipta nama apabila meraih pingat perak dalam acara pecut berpasukan bersama gandingan Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Asri pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, bulan lalu. Alyssa…