Alexander-Arnold setuju tawaran Real Madrid 

Alexander-Arnold setuju tawaran Real Madrid 

TRENT ALEXANDER-ARNOLD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold dilaporkan bersetuju untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak lumayan bernilai 240,000 pound (RM1.37 juta) seminggu bagi tempoh lima tahun.

Keputusan pemain berusia 26 tahun itu menamatkan spekulasi panjang mengenai masa depannya selepas beliau menjadi antara pertahanan terbaik dunia dan berada dalam radar Los Blancos sejak sekian lama.

Alexander-Arnold, yang membesar bersama akademi Liverpool sejak berusia enam tahun, bakal meninggalkan Anfield secara percuma apabila kontraknya tamat musim panas ini.

Difahamkan, beliau menerima tawaran 13 juta pound  (RM74.4 juta) setahun daripada Real, jauh lebih tinggi berbanding gajinya di Liverpool, sekitar 180,000 pound (RM1.03 juta) seminggu.

Perpindahan itu bakal menyaksikan Alexander-Arnold bergandingan dengan sahabat baiknya, Jude Bellingham di Santiago Bernabeu.

Namun, legenda Liverpool, Jamie Carragher memberi amaran bahawa langkah ini mungkin menjejaskan legasi Alexander-Arnold di Anfield.

“Ia bukan sekadar soal bola sepak, tetapi tentang bagaimana dia akan dikenang. Adakah dia mahu diingati seperti Steven Gerrard atau Steve McManaman?,” katanya.

Carragher berkata, sebagai pemain tempatan yang membesar di kelab itu, pemergian secara percuma bukan sesuatu yang disenangi penyokong Liverpool.

“Trent telah berada di sini selama 20 tahun. Penyokong pasti kecewa jika dia pergi begitu sahaja. Jika dia kekal, dia boleh menjadi antara yang terbaik dalam sejarah kelab, tidak jauh di belakang Gerrard,” katanya.

Kini, tumpuan tertumpu kepada bagaimana peminat Liverpool akan menerima keputusan Alexander-Arnold meninggalkan kelab yang telah membesarkan namanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN