Scotland mahu tamatkan badi Ireland

Scotland mahu tamatkan badi Ireland

Pemain sayap Scotland, Duhan van der Merwe (tengah) cuba melepaskan diri daripada dua pemain Itali dalam saingan ragbi enam negara di Stadium Murrayfield, Edinburgh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Scotland cuba menamatkan badi kekalahan 10 perlawanan berturut-turut kepada juara berganda Ireland apabila kedua-duanya bertemu dalam saingan ragbi enam negara esok.
Kali terakhir Scotland meraikan kemenangan ke atas musuhnya itu ialah pada 2017, empat bulan sebelum Gregor Townsend mengambil alih tugas jurulatih pasukan Dark Blues itu.
Walaupun skuad generasi emas yang dicanang sekarang dibarisi kapten Finn Russell, pemain sayap Darcy Graham dan Duhan van der Merwe, yang pasti Scotland masih menanggung kemarau gelaran juara sejak kali terakhir menang pada edisi lima negara pada 1999.
Sebaliknya, Ireland pula sedang memburu kejuaraan buat kali ketiga dalam kejohanan enam negara ini selepas melakukannya pada edisi 2024 dengan kemenangan 17-13 ke atas Scotland pada perlawanan akhir di Dublin.
Kedua-dua pasukan sebelum ini melalui kemenangan dramatik sebelum ini yang mana Ireland bangkit dari ketinggalan 10-5 untuk menewaskan England 27-22 manakala Scotland membenam Itali 31-19 selepas terikat 19-19 sebelum itu.
Namun, pemain tengah, Huw Jones yang melakukan jaringan hatrik try dalam perlawanan menentang Itali berkata, banyak yang perlu dilakukan untuk mencari kemenangan menentang Ireland.
“Kami sudah menantikan peluang ini begitu lama dan tidak pernah putus asa. Ia cabaran besar bagi kami. Kami melalui pengalaman perit sebelum ini. Saya rasa terlalu kerap bercakap mengenainya,” katanya.
Dalam pada itu, Townsend tidak berminat mengulas dakwaan yang mengatakan pasukannya sering ‘cakap besar’ mengenai peluang menewaskan Ireland.
“Mungkin dakwaan ini terhadap mereka (Ireland) atau diperbesarkan oleh media mereka. Mungkin ia satu motivasi untuk mereka mencipta kemenangan,” katanya. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN