DARI segi politik, Pas merupakan pembangkang terkuat di Parlimen berdasarkan bilangan kerusi. Sokongan rakyat kepada parti Islam itu meningkat 140 peratus berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali gus mencatatkan bilangan kerusi tertinggi dalam sejarah 71 tahun penubuhannya. Sebanyak 18 kerusi diperoleh ketika PRU14, manakala 43 kerusi Parlimen dimenangi pada PRU15 melalui kerjasamanya dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Pas merupakan parti politik, memiliki sejarah kukuh dan melahirkan tokoh-tokoh politik yang…










