BURIRAM: Bekas juara MotoGP, Marc Marquez mengaku berasa gugup menjelang penampilan pertamanya bersama pasukan Ducati pada perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand pada hujung minggu ini. Juara Dunia lapan kali itu mendominasi ujian pra musim, termasuk menduduki tempat teratas pada kedua-dua hari ujian di Litar Antarabangsa Buriram, lokasi yang akan menjadi tuan rumah pembukaan musim pada Ahad ini. Namun, walaupun ada petanda positif sepanjang ujian pra musim, Marquez berkata, dia masih…










