INDUSTRI padi di Malaysia menghadapi cabaran yang semakin mendesak akibat kenaikan kos pengeluaran dan ketidakstabilan pasaran global. Kerajaan mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi, dalam usaha membantu pesawah menghadapi tekanan ekonomi. Langkah ini bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah yang sering terhimpit oleh kenaikan harga input seperti baja, racun serangga dan diesel. Namun, keputusan ini menimbulkan dilema besar, bagaimana mencapai keseimbangan antara melindungi kepentingan pesawah dan memastikan beban kenaikan harga beras tidak…










