Penceritaan kisah Nabi Yusuf AS dalam al-Quran berbeza dengan kisah yang lain kerana di permulaannya Allah SWT berfirman, “Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan kami wahikan kepadamu al-Quran ini.” (Surah Yusuf: 3) Terdapat beberapa pandangan maksud seindah-indah kisah. Pertama, kandungan kisah dalam Surah Yusuf penuh dengan pengajaran dan hikmah yang lengkap. Kedua, kesabaran Nabi Yusuf yang tinggi terhadap kelakuan dan tindak tanduk saudara-saudaranya dan memaafkan mereka. Ketiga,…