PETALING JAYA: Pemain boling negara, Muhammad Hafiz Zainuddin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara Kejohanan Boling Antarabangsa Dubai ke-11 selepas menamatkan lapan permainan dengan catatan 1,744 jatuhan pin. Kejayaan itu sekali gus menandakan gelaran antarabangsa pertama Hafiz bagi tahun 2025, membuktikan keupayaan atlet negara bersaing di pentas dunia. Lebih manis, kejayaan ini diraih tanpa sebarang tajaan, memandangkan Hafiz bersama seorang lagi pemain Malaysia, Muhammad Syazirol Shamsudin, membiayai sendiri penyertaan mereka…