Aniq sasar rekod di Jiangshan 

Aniq sasar rekod di Jiangshan 

ANIQ KASDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, menetapkan sasaran tinggi menjelang Kejohanan Angkat Berat Asia Senior 2025 yang akan berlangsung di Jiangshan, China dari 9 hingga 15 Mei ini.

Atlet berusia 23 tahun itu bertekad untuk mencatat jumlah angkatan keseluruhan 300 kilogram (kg) selain memburu kelayakan ke Kejohanan Dunia menerusi pencapaian International Category (IC).

“Sasaran saya masih sama, iaitu mencapai 300 kg dan juga menepati IC. Ini adalah keutamaan saya untuk kejohanan kali ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Aniq yang pernah merangkul emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam kategori 55kg, kini dalam fasa persiapan rapi untuk mengahadapi kejohanan Asia pada Mei ini.

Beliau juga sedar cabaran getir yang menanti di pentas Asia, khususnya daripada atlet dari China, Korea Selatan dan Kazakhstan yang mempunyai reputasi hebat dalam sukan ini.

Namun, semangat tinggi dan keyakinan yang ditunjukkan Aniq membuktikan bahawa beliau bersedia untuk memberi saingan sengit demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kejohanan di Jiangshan ini bakal menjadi medan penting buatnya untuk menilai prestasi sebelum turun beraksi dalam kejohanan lebih besar menjelang hujung tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×