MELBOURNE: Novak Djokovic bangkit dari kekalahan set pertama 4-6 untuk menempah pertemuan suku akhir dengan Alexander Zverev selepas mengalahkan Carloz Alcaraz 6-4, 6-3, 6-4 dalam aksi berikutnya pada Terbuka Australia di Rod Laver Arena malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan pemain Serbia terbabit menghampiri gelaran ke-11 Terbuka Australia dan yang ke-25 Grand Slam jika dia yang berusia 37 tahun berjaya menewaskan lawannya yang juga pemain nombor dua dunia.
“Saya berharap perlawanan hari ini adalah yang terakhir. Ini adalah salah satu perlawanan terhebat di sini,” kata Djokovic.
Sementara itu, pemain Sepanyol, Alcaraz kini terpaksa menunggu setahun lagi untuk mencari kejuaraan di Terbuka Australia termasuk impiannya untuk melakukan tatu kanggaru jika menang gelaran di situ..
Alcaraz, 21, yang pernah memenangi empat kejuaraan utama tidak pernah melepasi saingan lapan terakhir di Melbourne.
Dia mengakui sepatutnya mengambil kesempatan ketika Djokovic bergelut dengan pergerakannya.
“Itu kesilapan paling besar saya dalam permainan hari ini,” katanya. – AFP/UTUSAN










