Tok Gajah mahu cari bekalan selesa   

Tok Gajah mahu cari bekalan selesa   

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mahu anak-anak buahnya membawa bekalan selesa menentang Sabah FC dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad mahu skuad Tok Gajah kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada saingan Piala Malaysia dengan matlamat membawa pulang dengan kemenangan apabila tika bertandang ke Stadium Likas malam ini.

Sri Pahang hanya selangkah lagi untuk layak ke perlawanan akhir dan Fandi sedar bahawa Sabah adalah penghalang yang wajib ditewaskan pada pertemuan pertama di gelanggang lawan.

Pemain perlu memberi persembahan terbaik untuk saingan Piala Malaysia dengan melupakan kekalahan dalam saingan Liga Super tewas kepada Negeri Sembilan FC  di Stadium Tengku Abdul Rahman Paroi.

Kemenangan di Likas juga amat diperlukan kerana secara tidak langsung akan memberi kelebihan apabila melayan kunjungan Sabah pada pusingan kedua di Majlis Perbandaran Temerloh  2 Februari ini nanti.

“Harapan agar pemain semua harus fokus 100 peratus dah memberi yang terbaik untuk mendapat kelebihan bila pulang ke Temerloh insyaallah,” katanya di sini, semalam.

Fandi bagaimanapun  belum bersedia untuk menamakan pemain yang akan beraksi tetapi tergantung kepada siapa yang lebih siap berjuang dengan kemahuan tinggi sebelum memutuskan taktik yang akan digunakan,

Beliau turut gembira apabila semua pemain utama boleh beraksi kerana  mereka bebas dari  kecederaan atau tidak dapat bermain kerana menerima kad kuning.

Malah, Manual Hidargo yang tidak beraksi ketika bertemu Negeri Sembilan FC kerana cuti kahwin sudah bersedia beraksi semula.

Kehadiran pemain Argentina itu sudah pasti banyak membantu barisan serangan seperti Kpah Sherman,  Aleksandar Cvetkovic atau Stefeno Brudo dan Mykola Ahapov untuk menjaringkan gol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×