Tiga penanda aras untuk Harimau Malaya

Tiga penanda aras untuk Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya bakal menggunakan taktikal baharu di bawah kendalian Peter Cklamovski - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian melangit untuk membawa Harimau Malaya ke Piala Dunia perlu disusuli dengan strategi terbaik bagi mengelak ia kelak memakan diri.

Impian Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Robert Friend perlu realistik dan memenuhi proses selain perlu memenangi pingat emas Sukan SEA, layak ke Piala Asia, dan Sukan Olimpik terlebih dahulu.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa berkata, sebagai orang baharu dalam bola sepak Malaysia, Fried semestinya mempunyai sasaran tertentu yang ingin beliau capai dan buktikan kepada peminat.

Bagaimanapun katanya, peminat bola sepak negara sudah tentu mengharapkan Harimau Malaya berjaya kali ini terutama ketika janji sama seperti layak ke Piala Dunia sudah sering menjadi manifesto pemimpin bola sepak negara.

“Itu (layak ke Piala Dunia) memang Hasrat Friend, namun perlu realistik untuk capai tahap tertinggi, Sekarang kita lihat ranking kita di mana dan apa yang perlu dilakukan untuk tembus kedudukan 100 terbaik dunia.

“Selepas itu kena fikir pula untuk capai kedudukan 50 terbaik, layak ke Sukan Olimpik dan seterusnya ke Piala Dunia. Namun kena ingat untuk Sukan SEA dan beraksi di Olimpik dengan mengungguli Sukan Asia adalah melibatkan pasukan Bawah 21 tahun (B-21).

“Ini bermaksud, pasukan yang diketuai oleh Friend juga kena perkasa pasukan B-21 yang dikendalikan Nafuzi Zain dan bukannya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada skuad Peter Cklamovski semata-mata,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Friend dalam satu wawancara bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan impiannya untuk membawa Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia.

Bagaimanapun, hasrat dan impian itu mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan peminat bola sepak negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×